Sentul PPR | Completed Project

 

 

LOCATION

SITE PROGRESS

PENGENALAN PROJEK
Cadangan pembinaan 500 unit pangsapuri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah terletak di Lot PT 5478 seluas 3.369 ekar milik Sentul Murni Sdn Bhd di Sentul, Kuala Lumpur. Pelaksanaan projek ini diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan kepada Syarikat Pembinaan Kery Sdn. Bhd. Menggunakan peruntukan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah PPR Dimiliki. Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada sasaran 39,000 unit rumah mampu milik yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Selaras dengan dasar Kerajaan untuk melaksanakan Pengurusan Nilai ke atas semua projek pembangunan baru yang bernilai melebihi RM50 juta. Makmal Pengurusan Nilai ke atas cadangan projek ini dilaksanakan untuk memastikan pencapaian nilai yang maksimum dicapai dengan kos yang munasabah tanpa menjejaskan fungsi perumahan tersebut. Pelaksanaan projek ini juga selaras dengan hasrat untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa serta mampu dibeli bagi memenuhi keperluan tempat kediaman khususnya golongan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

Lokasi tapak terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur di mana kos sara hidup adalah tinggi, pelaksanaan projek ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kemudahan perumahan yang berkualiti dengan harga yang tidak membebankan.

LOCATION
Kuala Lumpur

STATUS
Completed in 2017

DEVELOPMENT
Mixed Development