Pangsapuri Selangorku @ Sri Temenggung | Ongoing Project

FASA 1
Nama Projek: PANGSAPURI SELANGORKU @ SERI TEMENGGUNG
Jumlah Unit: 420 unit
Bilangan Blok: 2
Blok Tingkat Keseluruhan: 15 Tingkat

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
  • Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

KEMUDAHAN

  1. Surau
  2. Dewan Seberguna
  3. Bilik Tadika
  4. Bilik Bacana
  5. Bilik Permainan
  6. Pejabat Pegurusan
  7. Bilik Mesyuarat
  8. Kedai Runcit
  9. BIlik Serbaguna
  10. Dobi
  11. Taman Permainan Kanak-kanak
  12. Gimnasium Luar

PELAN LANTAI

pangsapuri selangorku seri temenggung jenis b
pangsapuri selangorku seri temenggung jenis c
pangsapuri selangorku seri temenggung jenis d

SPESIFIKASI & KEMASAN

Struktur Rangka Konkrit Tetulang
Dinding Dinding Konkrit / Dinding Batu Bata (Di Mana Berkenaan)
Bumbung Konkrit / Dek Bumbung Logam (Di Mana Berkenaan)
Siling Lepa Skim Dan Cat
Tingkap Tingkap Berbingkai Aluminium Dengan Kaca
Pintu Pintu Kayu Berkualiti (Pintu Utama , Pintu Bilik Dan Lain-lain)
Kekunci Set Kunci Berkualiti
Kemasan Lantai Jubin Seramik / Lepa Simen (Di Mana Berkenaan)
Kemasan Dinding Jubin Seramik / Plaster Dan Cat / Lepa Skim Dan Cat (Di Mana Berkenaan)

Pendaftaran secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

CLIENT

LOCATION
Sri Temenggung, Gombak, Selangor

TIMELINE
2020

STATUS
Ongoing

DEVELOPMENT
Residential