Pangsapuri Selangorku @ Sri Temenggung | Completed Project
FASA 1
Nama Projek: PANGSAPURI SELANGORKU @ SERI TEMENGGUNG
Jumlah Unit: 420 unit
Bilangan Blok: 2
Blok Tingkat Keseluruhan: 15 Tingkat
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
- Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
KEMUDAHAN
- Surau
- Dewan Seberguna
- Bilik Tadika
- Bilik Bacana
- Bilik Permainan
- Pejabat Pegurusan
- Bilik Mesyuarat
- Kedai Runcit
- BIlik Serbaguna
- Dobi
- Taman Permainan Kanak-kanak
- Gimnasium Luar
PELAN LANTAI
Pendaftaran secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
CLIENT
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
LOCATION
Sri Temenggung, Gombak, Selangor
STATUS
Completed
DEVELOPMENT
Residential